Monday, November 21, 2011

PROGRAM RAMAHMESRA YAB DATUK PRESIDEN

Presiden Alumni 4B Malaysia, Datuk Seri Haji Mohd Ali Rustam akan hadir dalam program alumni Negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang pada hari Khamis, 24 November 2011.
Jam 10.30 Pagi
Program Ramahmesra Alumni Negeri Kelantan di d Bali Village, Tok Bali, Pasir Puteh.
Jam 3.30 Petang
Program Gerakasih Alumni Negeri Terengganu di Sumai Suite Hotel Kuala Terengganu.
Jam 8.30 Malam
Majlis Jamuan Makan Malam Alumni Negeri Pahang di Dewan Kediaman Rasmi YAB Menteri Besar Pahang, Jalan Telok Sisek, Kuantan yang akan turut dihadiri oleh YAB Dato' Seri Adnan Yaakob, Menteri Besar Pahang

HARI KEPUTERAAN DYMM SULTAN IBRAHIM IBNI AL MARHUM SULTAN ISKANDAR


Menjunjung Kasih ke Bawah Duli Yang Maha Mulia, Sultan Ibrahim Ibni AlMarhum Sultan Iskandar, Sultan Dan yang Di Pertuan bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Negeri Johor Darul Takzim, " SELAMAT HARI KEPUTERAAN YANG KE 53" .

Tuesday, November 15, 2011

JAMUAN TEH SEMPENA HARI KEPUTERAAN SULTAN JOHOR

JEMPUTAN MELALUI SUK JOHOR: Menjunjuing titah DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar,Sultan dan Yang Di Pertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Takzim, Dijemput ke Majlis Jamuan Teh sempena Hari Keputeran DYMM Sultan Johor pada 2.30 ptg, 22hb Nov. 2011, di Dataran Bandaraya Johor Bahru. Pakaian Kemas. Kehadiran di hargai

Monday, September 5, 2011

KUNJUNGRAYA YAB DATUK PRESIDEN KE ALUMNI NEGERI2

YAB Datuk Presiden akan membuat KunjungRaya ke Alumni Negeri : 15/9 - WP (mlm); 18/9 - Johor (mlm); 22/9 - Kedah>Perlis>Penang>Selangor (mlm); 26/9 N9 (mlm); 27/9 - Perak (mlm); 2/10 - Kelantan>Trengganu>Pahang. Mohon semua Alumni Negeri memaklumkan lokasi majlis. Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan Cik Rosnani ( KSUS KM).

Friday, August 26, 2011

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI & HARI KEMERDEKAAN


WargaKerja & AJK ALUMNI 4B MALAYSIA, mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT AIDIL FITRI " MAAF ZAHIR DAN BATIN " dan SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN.

Thursday, August 25, 2011

MAJLIS MAKAN MALAM 1 MALAYSIA NGO2 BERSAMA YAB TIM. PERDANA MENTERI MALAYSIA

Di jemput semua AHLI2 ALUMNI 4B MALAYSIA / ALUMNI 4B (M) NEGERI JOHOR untuk menghadiri MAJLIS MAKAN MALAM 1 MALAYSIA NGO2 bersama2 YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA, pada 29 hb September 2011, jam 7.30 malam di Taman Suria, Johor Bahru. Sila sahkan kehadiran dengan menghubungi Hj Abdullah (019 777 0435) dan En. Mokhtar (019 788 9685). Tiada bayaran di kenakan. Tempat terhad.

Saturday, July 30, 2011

Monday, June 27, 2011

NOTIS MESYUARAT MT ALUMNI 4B MALAYSIA

Mesyuarat MT ALUMNI 4B MALAYSIA akan diadakan sebagaimana ketetapan berikut:

Tarikh : 29 Julai 2011 ( Hari Jumaat )
Masa : Jam 8.00 malam
Tempat : Hotel Dynasty,
Jalan Ipoh,
Kuala Lumpur.

Mesyuarat akan dipengerusikan oleh YAB Datuk Seri Presiden.

Friday, June 3, 2011

HARI KEPUTERAAN DYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DI PERTUAN AGONG



Warga ALUMNI 4B Malaysia Mendoakan Kesejahteraan dan mengucapkan
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEPUTERAAN DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG DYMM TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN IBNI AL MARHUM SULTAN MAHMUD,

Semoga Allah mengurniakan kesihatan yang baik dan kesejahteraan hidup kepada Tuanku sebagai payung kepada seluruh rakyat di negara ini.

Allah Lanjutkan Usia Tuanku

Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!

Sunday, May 15, 2011

" SELAMAT HARI GURU "

" SELAMAT HARI GURU " !!! PENGORBANAN DIDALAM MENDIDIK ANAK BANGSA SEHINGGA BERJAYA AMATLAH DI HARGAI. TANPAMU, MASYARAKAT AKAN BUTA ILMU. TERIMA KASIH KEPADA SEMUA GURU2 SEDUNIA..."SELAMAT HARI GURU"

Monday, May 9, 2011

HAPPY BIRTHDAY " UNCLE"


Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran UNCLE, Datuk Wira Jamaludin Rahim Setiausaha Agung Alumni 4B Malaysia. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki..

Friday, May 6, 2011

" SELAMAT HARI IBU "

UNTUK SEMUA IBU2 SE DUNIA. PENGORBANANMU TIADA BANDINGAN NILAI. HANYA ALLAH SAHAJA DAPAT MEMBALASNYA.
" SELAMAT HARI IBU

Tuesday, April 26, 2011

SAUDARA MUNAWAR


Syukur alhamdulillah segala pujian hanya utk Allah SWT... Sdra Munawar Hj Noh, Pen. Setiausaha Alumni 4B Malaysia telahpun selamat menjalani pembedahan dan masih berada di dalam bilik ICU, Hospital Putera, Melaka. Telah menunjuk perkembangan positif... Harap semua sahabat dapat mendoakan kesihatan beliau agar cepat sembuh.

Wednesday, April 6, 2011

Sdra Munawar Hj Nor JP


Jom kita pergi melawat sahabat kita yang telah banyak berjasa pada Pertubuhan Gerakan Belia 4B Malaysia dan juga Alumni 4B Malaysia Y.Bhg. Saudara Munawar Hj. Nor JP ( Penolong Setiausaha Agung Alumni 4B Malaysia ) yang sedang dirawat di Hospital Sentosa ( Tingkat 5, Bilik 511, Wad 11B ) Kompleks Damai, Kuala Lumpur. Beliau diberitakan telah jatuh dan pengsan didalam tandas malam tadi dirumah nya. Sama sama lah kita berdoa agar beliau cepat sembuh serta panjang umor. Amin..

Sunday, February 13, 2011

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL


Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada hari Isnin 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 20 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Salam Maulidur Rasul untuk semua UMAT ISLAM……….

Saturday, January 29, 2011

SELAMAT TAHUN BARU CINA




AJK ALUMNI 4B MALAYSIA MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA KEPADA SEMUA WARGA TIONGHUA

Friday, January 28, 2011

JEMPUTAN MAJLIS PERKAHWINAN



Hj Abdullah Hj Awang dan Hajjah Faridah Hj Bahrom menjemput semua warga ALUMNI 4B MALAYSIA yang berkelapangan dan berkesudian, untuk hadir ke Majlis Perkahwinan adik Hajjah Faridah, di Kg Melayu, Simpang Renggam, Johor pd 19 Mac 2011. Kehadiran di hargai.

Sunday, January 2, 2011

MESYUARAT AGUNG PERTAMA ALUMNI 4B MALAYSIA





MAJLIS KERJA TERTINGGI ALUMNI 4B SESSI 2010/2014

PENGEUSI TETAP :
Yg Bhg DATO' ABDUL FATAH BIN HJ ABDULLAH
TIM. PENGERUSI TETAP :
SDRA Tn HJ SYED HOOD BIN SYED EDROS


PRESIDEN :
YAB DATUK SERI HJ MOHD ALI BIN MOHD RUSTAM.
TIM. PRESIDEN :
YB DATUK SERI HJ NOH BIN HJ OMAR.

NAIB PRESIDEN :
Yg Bhg DATO' HJ FISAR BIN HJ ABDULLAH
Yg Bhg DATO' HJ AHMAD BHARI BIN ABD. RAHMAN
Yg Bhg DATUK HJH ZAITUN BINTI AB RAHMAN.
Yg Bhg DATUK HASHIM BIN SUBOH.
Yg Bhg DATUK HJ AYUB BIN HJ YAHYA
Yg Bhg DATUK AHMAD RAMIZUN BIN HJ KAMARUDDIN

AHLI MAJLIS TERTINGGI :
YB DATUK HASAN BIN ABD. RAHMAN
Yg Bhg DATUK HJ NIK MAHIDIN BIN NIK MUSTAFA
Yg Bhg DATO' MAT ISA BIN ISMAIL.
SDRA RAMLAN BIN CHE ROS
SDRA Tn HJ MAAZ BIN MUDA
SDRA NOH BIN YAHYA.
SDRA OTHMAN BIN ENDUT
SDRA HANAPI BIN DAENG DALISANG
SDRA ABD RASHID BIN HJ NOPIAH.
SDRA BAHTIAR BIN ADNAN.
Tn HJ MOHAMED SAFFIAN BIN OMAR.
Tn HJ ABD LAH @ ABDULLAH BIN HJ AWANG
SDRA MAHASSAN BIN HUSIN
SDRI NORIZAN BINTI SALIM.
SDRA MOHD FOZI BIN REJAB.

JURUAUDIT :
SDRA AMIR BIN SEMAN
SDRA MAT RASHID BIN ABD. HAMID.

Perasmian Alumni Belia 4B Malaysia