Saturday, October 10, 2020

Terima anugerah DMSM

Tahniah Datuk Syed Azmi Syed Nazir selaku Pemangku Presiden Alumni 4B Malaysia ,diatas penganugerahkan Darjah DMSM,sempena Sambutan Hari Keputeraan TYT TUN SERI SETIA (DR) HAJI MOHD ALI BIN MOHD RUSTAM, YANG DIPERTUA NEGERI MELAKA.

Thursday, October 8, 2020

Ulangtahun TYT Melaka


Alumni 4B Malaysia mengucapkan Setinggi-Tinggi Tahniah kepada Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (Dr) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang Di-Pertua Negeri Melaka sempena Sambutan Hari Jadi yang ke-71

Wednesday, September 16, 2020

Maulidur Rasul

Pertubuhan Alumni 4B Negeri Johor  dan DMDI Johor akan mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul S.A.W 2020. Pertubuhan Alumni 4B Parlimen Muar akan menjadi tuan rumah majlis tersebut yang dicadangkan sepertimana ketetetapan berikut :-

    Tarikh       : 31 hb Oktober 2020
    Masa        : 06.45 ptg hingga 10.00 malam
    Tempat    : Masjid Jamek Parit Bakar, 
Jalan Abd. Rahman, Muar, Johor

Semua di undanghadir

Saturday, February 29, 2020

diskusi

Biro Antarabangsa Alumni 4B Malaysia dengan kerjasama Alumni 4B Negeri Melaka dan Negeri Johor bersama2 MUAFAKAT, MI'RAJ, UMMAH JOHOR akan melaksanakan satu Perhimpunan Penerangan dan Diskusi PRINSIP ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN, ANTARA PRINSIP DAN REALITI SEMASA, pada jam 9 pg, 29 hb MAC 2020, di MINI MALAYSIA, AYER KEROH MELAKA. Panel undangan adalah (1) Dato Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Hussein - Sejarah Perundangan dan sistem perlembagaan menurut Juriprudent watan
(2) Datuk Sallehudin Saidin - Permasaalahan melestarikanEnakmen Pentadbiran Syariah Negeri dengan Perlembagaan Persekutuan.
(3) Tun Ahmad Fairuz - Rumusan kertas kerja.
Aturcara:
8.00 - 9.00 pg - Pendaftaran
9.00 pg - Ucapan perasmian YBhg Tan Sri Mohd Ali Rustam
9.30 pg - Pembentangan Kertas 1
10.30 pg - Pembentangan  kertas 2
12.00 tgh - Rumusan
12.30 thh - Soal Jawab.
Kehadiran Yg Bhg Dato2, Tuan2 dan Puan2 amatlah di hargai.
Segala pertanyaan, sila berhubung dengan Pengerusi Biro Antarabangsa Alumni 4B Malaysia,  Abdullah Awang 0167166515.

Friday, January 17, 2020

MAT Alumni 4B Negeri Johor

Mesyuarat Agung Tahunan Alumni 4B Negeri Johor akan di adakan pada jam 3.00 petang, 27 Mac 2020 bertempat di Dewan Umno Bahagian Air Hitam, Jalan Johor Yong Peng, Air Hitam, Johor Darul Ta'zim.

Wednesday, January 15, 2020

Program Gotong Royong

*PROGRAM GOTONG ROYONG  SURAU LOR ATMO BT 18 KG SG TIRAM ULU TIRAM JOHOR*

Anjuran ALUMNI 4B KAWASAN PARLIMEN TEBRAU 

*TARIKH 17/01/2020*

*JUMAAT JAM 8.30 MALAM*

*SELEPAS SOLAT ISYAK*

Sehubungan dengan itu, kerjasama serta kehadiran dari anda semua diharapkan bagi menjayakan program tersebut.