Friday, May 20, 2022

Bowling Alumni 4b Malaysia

Assalamualaikum Semua

Untuk Makluman Pertandingan Boling Piala Presiden A4B Malaysia akan diadakan pada ketetapan berikut:

📆 : 25/6/22
🕰️ : 2.00 petang
🏠 : MIBC Ayer Keroh Melaka.

Untuk Pertandingan Boling Piala Presiden Alumni 4BM pada sesi kali ini akan dibahagikan pada 2 Kategori iaitu

1) Kategori - Wakil Negeri
2) Kategori - AJK Biro Sukan A4BM dan Ahli Majlis Tertinggi (MT)

Oleh itu semua nama Peserta Wakil Negeri dan Peserta Kategori MT perlulah dihantar kepada SU Biro Sukan dan Rekreasi A4B Malaysia selewat lewatnya sebelum 6/6/22 untuk tindakan selanjutnya. 

Penyertaan seperti yang telah diputuskan didalam Mesyuarat Biro Sukan Dan Rekreasi A4BM Kali - 1 adalah seperti berikut : 

1) *Yuran Penyertaan bagi setiap pasukan Wakil Negeri adalah RM 120.00 (ditanggung oleh Negeri tersebut) dan bagi Peserta Kategori AJK Biro Sukan dan Ahli MT adalah RM 30.00*
2) *Wakil Negeri adalah 4 org (2L 2P) dan Peserta MT adalah individu.*
3) *WAJIB AHLI A4BM dan pemain perlu disertakan Nama , No KP dan No Ahli*
4) *Tidak terlibat kejohanan atau pernah menjadi wakil diperingkat  daerah @ negeri @ kebangsaan.*
5) *Sekiranya ini berlaku pasukan dari negeri tersebut akan dibatalkan penyertaan nya.*

Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan SU Biro ditalian 0133687875.

Sekian, Terima kasih.

Hasliza Hussin
Setiausaha
Biro Sukan dan Rekreasi A4B Malaysia 

sk: Pengerusi 
Biro Sukan dan Rekreasi A4B Malaysia

Bowling alumni 4b Johor

BIRO SUKAN DAN REKREASI ALUMNI 4B NEGERI JOHOR

PERTANDINGAN BOWLING ALUMNI 4B NEGERI JOHOR 2022

ASALAMUALAIKUM
SURAT SIARAN

KEPADA
PENGERUSI ALUMNI 4B NEGERI,
SEMUA PEGAWAI ,
SEMUA JAWATANKUASA 
SEMUA PENYELARAS PARLIMEN
ALUMNI 4B NEGERI JOHOR.

ADALAH DIMAKLUMKAN BIRO SUKAN DAN REKREASI ALUMNI 4B NEGERI JOHOR AKAN MENGADAKAN PERTANDINGAN BOWLING PERINGKAT NEGERI.

TUJUAN PERTANDINGAN ADALAH MENJADI SEBAGAI SALAH SATU AKTIVITI TAHUNAN BIRO SUKAN ALUMNI 4B NEGERI DAN JUGA BAGI MEMILIH PESERTA MEWAKILI ALUMNI 4B NEGERI JOHOR KE PERTANDINGAN BOWLING ALUMNI 4B MALAYSIA YANG AKAN DIADAKAN PADA BULAN JUN 2022 DI NEGERI MELAKA.

BAGI MEMENUHI HASRAT TERSEBUT ALUMNI 4B NEGERI JOHOR AKAN MENGADAKAN PERTANDINGAN BAGI TUJUAN YANG TERSEBUT SEPERTI KETETAPAN BERIKUT :

TARIKH.  :. 31/5/2022 ( ISNIN )
MASA.     :. 9.00 PAGI
TEMPAT. :.  BATU PAHAT MALL
                     BOWLING CENTRE.
                     JALAN KLUANG, BATU
                     PAHAT. JOHOR 

PENYERTAAN
1.  Terbuka kepada semua ahli Alumni 4B yang berdaftar dalam Parlimen Alumni 4B negeri Johor.
2.  Setiap Parlimen dibenarkan menghantar satu pasukan sahaja terdiri daripada 2 orang lelaki dan 2 orang perempuan. 
3.  Setiap peserta yang menyertai adalah tidak pernah menjadi wakil peringkat Daerah, negeri atau kebangsaan.
4.  Seorang peserta dikenakan bayaran RM 20.00 bagi 3 game.
Satu pasukan RM 80.00
(4 orang x RM20.00 ) untuk 3 game.
5.  Penyelaras atau Pengerusi Biro Sukan setiap Parlimen diminta memilih 4 orang peserta ( 2 lelaki dan 2 perempuan) dan mengisi borang penyertaan yang disediakan untuk menyertai pertandingan. Maklumat penyertaan hendaklah disampaikan kepada URUSETIA PERTANDINGAN selewat2nya pada 25/5/2020 untuk tempahan lane.
6.  Bayaran penyertaan boleh dibuat melalui transfer ke akaun MAYBANK , No Akaun 101039101312 (MOHD YUSOF TAIB) dan menunjukkan slip pembayaran  atau bayaran tunai semasa pendaftaran pada 31/5/22.
7.  Pakaian semasa pertandingan adalah pakaian yang bersesuaian untuk bersukan.
8.  Peserta diingatkan untuk membawa ubat ubatan petibadi .

ATURAN PERTANDINGAN
1. Setiap peserta akan bermain sebanyak 3 pusingan.
2. Penentuan lorong akan dibuat oleh pihak penganjur.
3. Peraturan pertandingan mengikuti peraturan bowling semasa. 
4.  Sebarang bantahan boleh dibuat oleh pihak pengurus pasukan dengan mengisi borang dan akan dikenakan bayaran RM 100 dan jika bantahan memihak kepada Pembuat bantahan Wang tersebut akan dikembalikan manakala sebaliknya Wang pertaruhan akan hilang.

HADIAH PERTANDINGAN

( AHLI ALUMNI 4B )
1. JOHAN.          : RM 300.00
2. NAIB JOHAN : RM 200.00
3. KETIGA.          : RM 150.00
4. KEEMPAT.      : RM. 100.00

( AJK ALUMNI 4B )
1. JOHAN.          : RM 300.00
2. NAIB JOHAN : RM 200.00
3. KETIGA.          : RM 150.00
4. KEEMPAT.      : RM. 100.00


PEMILIHAN PESERTA MEWAKILI ALUMNI 4B NEGERI JOHOR

1.  SERAMAI 4 ORANG PESERTA ( 2 LELAKI DAN 2 PEREMPUAN ) AKAN DIPILIH MEWAKILI ALUMNI 4B NEGERI JOHOR KE PERINGKAT ALUMNI 4B KEBANGSAAN.
2.  PEMILIHAN PESERTA ADALAH BERDASARKAN 2 ORANG PESERTA LELAKI DAN 2 ORANG PESERTA PEREMPUAN YANG MENDAPAT JUMLAH JATUHAN PIN TERBANYAK DARIPADA MANA2
KUMPULAN.
3.  PESERTA TERPILIH AKAN MENJALANI LATIHAN KOODINASI
SEBELUM MENYERTAI PERTANDINGAN PERINGKAT KEBANGSAAN.
4.  SEBARANG KEPUTUSAN PIHAK PENGANJUR ADALAH MUKTAMAD

BORANG PENYERTAAN

1.  PARLIMEN
     ....................................................
2.  NAMA PENGURUS 
     ....................................................

3.  NAMA PESERTA

NAMA : ..........................................
NO. K/P : ........................................
NO AHLI 
ALUMNI : ........................................
JANTINA :.  LELAKI

NAMA : ..........................................
NO. K/P : ........................................
NO AHLI : ...............................
JANTINA :.  LELAKI

NAMA : ..........................................
NO. K/P : ........................................
NO AHLI  : ........................................
JANTINA :.  PEREMPUAN

NAMA : ..........................................
NO. K/P : .............