Tuesday, December 10, 2013

Persidangan Dwi Tahunan 2014

PERHATIAN KEPADA ALUMNI NEGERI,

Persidangan Dwi Tahunan 2014 hendaklah diadakan dalam tempoh 1 Januari hingga 28 Februari 2014. Persidangan tahun ini akan memilih Jawatankuasa untuk penggal 2014/2018.
Selamat Bersidang.


Mesyuarat Majlis Tertinggi baru-baru ini telah memilih Alumni 4B Negeri Sembilan menjadi Tuan Rumah Persidangan Dwi Tahunan Alumni 4B Malaysia 2014.
Mesyuarat juga memutuskan Persidangan akan diadakan pada bulan Mac dan dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Negteri Sembilan.
Alumni Negeri dikehendaki mengadakan Persidangan Dwi Tahunan 2014 selewat-lewatnya pada 28 Februari 2014.

Thursday, November 21, 2013

SELAMAT HARI KEPUTERAAN KE 55

DAULAT TUANKU

Barisan kepimpinan dan ahli-ahli Pertubuhan Alumni 4B Malaysia, merafak sembah menjunjung kasih setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat kepada

DULI YANG MAHA MULIA SULTAN IBRAHIM
IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR

Sultan Dan Yang DiPertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takhluk Johor Darul Ta'zim
Sempena hari Ulang Tahun Keputeraan Yang ke 55 pada 22 November 2013

Semoga Allah Lanjutkan Usia Tuanku.
DAULAT TUANKU !


Monday, November 11, 2013

UNDANGAN MAJLIS PERKAHWINAN

YB DATUK SERI PRESIDEN, dan DATIN SERI, menjemput semua ahli MT dan ahli Alumni 4B ke Majlis Perkahwinan puterinya pada 17/11/2013, dari jam 11.00 pg - 5 ptg, di MITC, Ayer Keroh, Melaka. Kehadiran di hargai.

Sunday, November 10, 2013

MESYUARAT MT ALUMNI 4B MALAYSIA

MESYUARAT MAJLIS TERTINGGI ALUMNI 4B MALAYSIA, akan diadakan pada jam 9.00 mlm, 16/11/2013, bertempat di Hotel Bendahara Makmur, Melaka. Kehadiran di hargai.