Thursday, December 25, 2014

Tabung Bantuan Bencana Banjir

Assalamualaikum
Semoga pada pagi jumaat ini semua dalam lindunganNya sehat dan sejahtera.
Dimaklumkan bahawa Biro Kebajikan Alumni 4B Malaysia yg dipengerusikan oleh Dato' Ayub Bahari telah menubuhkan TABUNG BANTUAN BENCANA BANJIR. Ahli MT yg mahu menderma diminta credit dumbangan ke akaun PERTUBUHAN BEKAS AHLI 4B MALAYSIA (ALUMNI) CIMB 1415 0000217 10 5 dan emailkan slip bank ke alumni4bm@gmail.com
Terima kasih

Monday, December 15, 2014

Mesyuarat AJK Majlis Makan Malam Alumni 4B Malaysia (11/12/14)

AJK Induk Majlis Makan Malam Alumni 4B Malaysia

JAWATANKUASA INDUK MAJLIS MAKAN MAKAN  ALUMNI 4B MALAYSIA

Penaung
TAN SRI HJ MOHD ALI RUSTAM

Ketua Penasihat
DATUK SERI HJ NOH OMAR

Penasihat
DATUK HJ YOP YAHYA
DATO AHMAD BHARI
DATUK WIRA HJ MD YUNOS
DATO HJ FISAR ABDULLAH
DATUK WIRA HJ JAMALUDIN RAHIM

Pengerusi
TUAN SYED AZMI AHMAD, JP

Naib Pengerusi
PUAN NORIZAN SALIM

Setiausaha
DATUK MUNAWAR NOR

Penolong Setiausaha
SDRA NIK OTHMAN HJ YUSOFF, JP

Bendahari
DATUK HJ MD NASIR GHANI

Penerangan & Seranta
DATO AMIRUDDIN RADZI

JAWATANKUASA KECIL PELAKSANAAN M3

JKK Sekretariat
Pengerusi
DATUK MUNAWAR NOR
Naib Pengerusi
SDRA NIK OTHMAN, JP
Setiausaha
RUBY KHADIJAH

JKK Kewangan
Pengerusi
DATUK WIRA HJ JAMALUDIN RAHIM
Naib Pengerusi
DATUK SHAMSUDIN TAHIR

JKK Protokol
Pengerusi
DATUK HJ YOP YAHYA
Naib Pengerusi
DATUK ABDUL TALIB FAHMI

JKK Iklan & Buku Cenderamata
Pengerusi
DATO' HJ AMIRUDDIN RADZI
Naib Pengerusi
DATO AYUB BAHARI

JKK Jamuan
Pengerusi
DATUK HJ SAFFIAN OMAR
Naib Pengerusi
HJ ABDLAH AWANG

JKK Persembahan
Pengerusi
SDRA ADAM ZAKARIA
Naib Pengerus
SDRA ABDULLAH ABD RAHMAN

NOTA
Semua Pengerusi JKK diminta melantik seorang setiausaha dan tiga orang ahli jawatankuasa.

Sunday, November 16, 2014

SUKARELAWAN INFO BENCANA DAN KECEMASAN DIPERLUKAN


SUKARELAWAN INFO BENCANA DAN KECEMASAN DIPERLUKAN
=====================================================

1. Siapa yang kita perlukan ?

- Kalau anda adalah anggota tetap atau sukarelawan agensi Penyelamat, Pengurusan Bencana, Pihak Berkuasa Tempatan, Angkatan Keselamatan.

- Kalau anda adalah anggota sukarelawan pertubuhan NGO seperti PBSM, St.John, Bomba Sukarela, Pertubuhan Amal Tzu Chi, Operator Amatur Radio (HAM), CP, PKS, SRS dan lain-lain yang terlibat dalam pengurusan atau operasi menyelamat.

- Kalau anda adalah pemimpin tempatan, ketua kampong, penghulu, orang-orang penting setempat, Kawan-kawan Media, Blogger, Facebooker, jurugambar, ahli-ahli pakar dan lain-lain.

( **Semua di atas, hanya orang yang mempunyai kuasa atau diberi kebenaran oleh organisasi masing-masing untuk menyebar maklumat bencana dan kecemasan. Orang awam yang berkongsi maklumat kejadian yang berlaku di depan matanya dikecualikan dalam syarat ini. ** )

2. Apakah kerja-kerja sukarelawan ?

- Memeberi maklumat bencana atau kejadian kecemasan serius yang berlaku dalam Negara Malaysia atau kejadian di Negara jiran yang mungkin melibatkan bantuan Malaysia atau mempunyai risiko bahaya terhadap Malaysia.

- Upload Gambar, Data dan info bencana dan kejadian kecemasan.

- Kongsi pengalaman dan pengetahuan dalam kerja-kerja operasi dan pengurusan bencana.

- Sukarelawan akan dilantik sebagai "Page Moderator".

- Tak payah paksa diri, hanya kongsi apa yang belaku berdekatan anda.

3. Syarat-syarat :

- Hanya bagi maklumat kejadian yang benar-benar terjadi atau akan menjadi.

- Hebahan Rasmi oleh mana-mana agensi kerajaan berkaitan bencana atau kecemasan.

- Semua info kejadian perlu mendapatkan pengesahan dari pihak berkaitan atau sukarelawan sendiri berada di tempat kejadian.

- Maklumat yang dikongsi dalam page tidak melibatkan politik.

- Admin page ada kuasa untuk memadam sebarang post yang dianggap tidak sesuai untuk page ini.

- Jika maklumat palsu disebarkan oleh sukarelawan dalam page ini, maka status moderator akan dibatalkan. Jika sabit kesalahan mana-mana undang-undang Malaysia atau di luar Malaysia, page Admin boleh mendedahkan indentiti sukarelawan kepada pihak berkuasa yang bertanggungjawab.

- Maklumat yang di"share" dari pihak ke-3 boleh diterima jika disahkan kejadian benar berlaku.

- Semua maklumat, data, gambar, info dan lain-lain yang di Post dalam page ini dianggap tiada halangan kepada pihak ke-3 untuk menyebarkan atau menggunakannya bagi tujuan hebahan rasmi, kajian, bahan pengajaran dan rekod.

- Sukarelawan tidak boleh memungut atau meminta sumbangan berbentuk tunai atau barangan dari mana-mana pihak atau orang perseorangan.

4. Ganjaran
- Tiada ! Buat secara sukarela sahaja !
( Tak apa lah ! Kalau bersempat bertemu dengan page owner, boleh minta belanja kopi ya ! )

** Page owner dan Admin boleh menukar apa-apa syarat diatas jika berfikir perlu **

=====================================================

Kalau berminat dan ada banyak masa luang yang ingin buat sesuatu secara sukarela, maka anda boleh hantar Private Message kepada Page Admin untuk tawarkan anda.

Maklumat peribadi Sukarelawan perlu disertai seperti :
a. Nama Penuh ( Seperti Dalam Kad Pengenalan )
b. Nama panggilan / digital
c. Umur
d. Jantina
e. Negeri / Daerah / Bandar
f. Nombor Telefon ( Panggilan, SMS, Whatsapp, WeChat, Telegram)
g. Alamat Emel
h. Anggota Agensi / Pertubuhan
i. Callsign Radio ( Ham Operator sahaja )
j. Alamat laman FB
k. Alamat Blog / News Portal / Website ( Jika ada )
l. Lain-lain jika berfikir nak bagi tahu Admin.

Thursday, October 9, 2014

Mesyuarat Agong kobi 4B kawasan negeri johor dan melaka

Mesyuarat Agong kobi 4B Malaysia kawasan negeri johor dan melaka,  akan diadakan pada jam 8.00  malam,  20 /10 /14,  di hotel seri Malaysia, ayer keroh melaka. Kehadiran di hargai.

Tuesday, September 30, 2014

Mesyuarat Ajk Alumni 4B Negeri Johor

Mesyuarat Ajk Alumni 4B Negeri Johor akan di adakan pada pada 18/10114, Hari Sabtu, jam 3 ptg di Dewan Kommunikasi, UMNO Bahagian Ayer Hitam, Johor. Kehadiran semua ajk di hargai. ( Sila sahkan kehadiran dengan Tuan Hj Ramli / Saudara Halid, bagi penyediaan makanan Nasi Kambing 40 hari , untuk menggelakkan pembaziran - Di taja oleh Puan Hajjah Rosnah ).