*PERUTUSAN KHAS*
Assalamualaikum w.b.t kepada semua ahli-ahli Alumni 4B Malaysia
Sehubungan dengan Surat yang dikeluarkan oleh pihak Istana Negara baru-baru ini, yang mana menzahirkan perasaan amat dukacita Yang DiPertuan Agong berkaitan Proklamasi dan Ordinan Darurat yang belum diperkenankan oleh Baginda sendiri.
Mengambilkira situasi semasa dan mendaulatkan sistem beraja berperlembangaan, maka Alumni 4B Malaysia dengan tegas dan tidak berbelah bagi menetapkan prinsip-prinsip seperti berikut ;
1. Alumni 4B Malaysia akan sentiasa mempertahan kedaulatan raja dan institusi berpelembagaan.
2. Mempertahan dan mendukungi perlembagaan negara.
3. Sebagai NGO yang sah berdaftar dengan ROS, Alumni 4B Malaysia berpegang teguh kepada Prinsip Rukun Negara.
# Kepercayaan kepada Tuhan
# Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara
# Keluhuran Perlembagaan
# Kedaulatan Undang-Undang
# Kesopanan Dan Kesusilaan
Dengan ketetapan ini, adalah jelas pendirian Alumni 4B Malaysia sentiasa mendukungi dan mempertahankan institusi beraja di Malaysia ini.
Sekian terima kasih
Datuk Syed Azmi Syed Nazir jp
Presiden
Alumni 4B Malaysia